Visi & Misi D’Sufi

Lambang

Keterangan lambang D’Sufi adalah seperti berikut:

 
 

Warna Hitam:

Warna Kuning:

Bermaksud kebenaran

Bermaksud Ilmu. (Seseorang yang mempelajari ilmu akan dapat menzahirkan ilmu yang dipelajarinya)

D’ : Bermaksud “Di” iaitu penunjuk tempat

Sufi : Seseorang yang ikhlas dalam perjalanan menuju kepada Allah SWT dan istiqomah dalam amalannya.

Islam Our Priority : Setiap sesuatu perkara sentiasa memberikan keutamaan kepada Agama Islam.

Misi D’Sufi

Menyediakan perkhidmatan perubatan yang berlandaskan syariat Islam (berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah) sebagai penyelesaian bagi segala penyakit.

Visi D’Sufi

Mempromosikan satu perubatan Islam sebagai alternatif kepada perubatan moden kepada semua umat Islam dan masyarakat bukan Islam yang memerlukan.

Berdakwah dan mendidik aqidah umat Islam dari unsur-unsur syirik.

Menyediakan perawat yang mantap ilmu perubatan Islam dengan taat dan patuh kepada ajaran Agama Islam.

Matlamat D’Sufi

Matlamat utama D’Sufi ialah mengimbangi kesihatan mental dan fizikal umat Islam dengan mematuhi syariat Islam, beretika dan profesional kearah mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Objektif D’Sufi

Membantu dan menyediakan perubatan Islam kepada umat Islam yang memerlukan dan pesakit dari kaum yang lain dengan kadar ikhlas, rendah dan mengikut kemampuan.